top of page

Tamadun Melayu SELEPAS kedatangan Islam

  • Islam datang ke wilayah Nusantara pada abad pertama hijrah atau antara kurun ke 7 & ke 8 mashihi.

  • Proses Islamisasi telah berlaku pesat & antara kerajaan Islam yang berjaya dibentuk ialah seperti kerajaan Acheh, Terengganu, Melaka, Patani, Brunei, Sulu dan lain-lain.

  • Agama Islam dikatakan telah datang ke Nusantara melalui tiga jalan utama berdasarkan kepada teori yang dikemukakan oleh para sarjana iaitu :

  • Dikemukakan oleh John Crawford dan Niemann sera de Holender dan disokong oleh Syed Mohd Naquib al-Attas, menyatakan bahawa Islam dibawa datang dari pada kurun ke-7 masihi.

  • Ini berdasarkan kepada bukti yang ditemui seperti wujudnya perkampungan Isla  di Sumatera utara yang diberi nama "Tashih" telah ditemui pada tahun 650 M bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi.

i. Islam datang dari Tanah Arab

ii. Islam datang dari India

  • Teori dikemukakan oleh Pijnapel iaitu seorang sarjana belanda dan disokong oleh snouk hurgronje & J.P Moquette.

  • Berdasarkan kepada bukti yang ditemui iaitu penemuan batu nisan Sultan Malikui Salleh, yang bertarikh 1297 M. Batu nisan ini didakwa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut.

  • Teori yang dikemukakan oleh sarjana Sepanyol iaitu Emanuel Godinho de Eredia berdasarkan kepada penemuan batu-batu bersurat di sekitar wilayah Nusantara seperti Batu Bersurat di Champa bertarikh 1309, di Brunei bertarikh 1048 M, di Laren Jawa bertarikh 1082 M dan Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303 M.

iii. Islam datang dari China

bottom of page