TAMADUN MELAYU
-
Tamadun Melayu pada awalnya dijejaki sejak zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal kira-kira 35,000 tahun yang lalu.
​
-
Selepas itu diikuti dengan zaman Maseolitik atau zaman batu tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu dan zaman Logam iaitu zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu
​
-
Contoh penempatan manusia yang dijumpai pada zaman itu seperti Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) & Tingkayu ( Sabah).
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
-
Umumnya asas Tamadun Melayu banyak merujuk kepada struktur sosial masyarakat yang berlapis seperti sistem kasta, kerana banyak dipengaruhi oleh peradaban India.
​
-
Selain daripada struktur sosial, kemunculan kerajaan awal Melayu juga memainkan peranan dalam pembentukan tamadun Melayu.
​
-
Umumnya kerajaan pra-Islam di Alam Melayu dibahagikan kepada 2 baqhagian iaitu Agraria dan kerjaan Maritim.