top of page

Tamadun Melayu SEBELUM kedatangan Islam

  • Kehidupan masyarakat Melayu dipengaruhi oleh kebudayaan yang dinamakan sebagai adat kepercayaan berdasarkan kepada pandangan semesta tradisional orang Melayu tersebut.

  • Kebudayaan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain.​

  • Pandangan semesta Melayu berpusat kepada manusia yang mana ia merupakan tanggapan terhadap alam iaitu alam nyata & alam ghaib dalam kehidupan mereka.

  • Kepercayaan ini telha membawa kepada lahirnya adat dan kebudayaan dalam kehidupan masyarakat Melayu.

  • Umumnya pandangan semesta masyarakat Melayu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

​

i. Zaman pra-Islam

  •  Bertunjangkan kepada kepercayaan "animisme" dan kerpercayaan "dinamisme"

ii. Zaman kedatangan Hindu-Buddha

  •  Kedatangan agama Hindu-Buddha telah menjadikan amalan penyembahan dan upacara kagamaan menjadi lebih tersusun.

  •  Telah menyerap ke dalam kehidupan Melayu, terutama di kalangan golongan pemerintah dan bangsawan.

  •  Memberi kesan mendalam dalam sistem sosial masyarakat melayu seperti sistem kasta yang mana ianya memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan juga rakyat jelata.

iii. Zaman kedatangan Islam

  •  Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Lantaran itu, pandangan semesta Melayu memfokuskan dan terarah kepada tuhan.

  •  Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi.

bottom of page