TAMADUN MELAYU
Pencapaian dalam pelbagai bidang
1. Bidang Persuratan
-
Suatu ketika dahulu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa ligua franca bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongsn peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan juga India.
-
Perkembangan ini amat berkait rapat dengan perkembangan tamadun Melayu sehingga kini. Perkembangan bidang persuratan Melayu ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti sastera rakyat, sastera pengaruh Hindu dan juga sastera pengaruh Islam.
2. BIdang Kesenian
-
Perkembangan tamadun Melayu dapat dilihat melalui manifestasi kesenian orang Melayu. Kesenian halus yang dihasilkan oleh orang Melayu memainkan peranan penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun.
-
Kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi oleh kesenian yang bersumberkan alam semula jadi, sama ada dari segi hubungan masyarakat Melayu dengan manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama mereka.
3. Bidang Sains & Teknologi
-
Kegemilangan sains & teknologi yang dicapai oleh orang Melayu sangat unik kerana ia mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu.
-
Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang Melayu dahulu ilah bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem saliran air yang digunakan dalam proses pengairan pertanian seperti penanaman padi dan sebagainya.
-
Dalam bidang teknologi alam bina juga, orang-orang Melayu ketinggalan, dimana kemahiran dapat dilihat dalam pembinaan rumah dan masjid, contohnya Rumah Kutai, Rumah Panjang, Kubah dan juga Masjid Kampong Laut yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
4. Bidang Pendidikan
-
Di awal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab.
-
Perkembangan pendidikan ini sangat perlahan yang mana ia diusahakan oleh guru-guru agama.
-
Sekitar abad ke-19, sekolah Melayu mula dibuka. Sekolah Melayu yang pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
-
Ciri-ciri utama sekolah Melayu ini ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai "3M" iaitu membaca, menulis dan mengira.