top of page

KESAN DAN PENGARUH ISLAM KEPADA TAMADUN MELAYU

i. Agama dan Kepercayaan

  • Memberi kesan yang mendalam dari segi akidah & kepercayaan masyarakat. Melayu ketika itu.

  • Meninggalkan kepercayaan animisme dan dinamisme serta perlahan-lahan meninggalkan pengaruh yang dibawa oleh agama Hindu-Budha.

  • Mengamalkan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitik beratkan soal persamaan taraf. Tidak ada lagi sistem kasta sepertimana yang diamalkan sejak menerima pengaruh agama Hindu suatu ketika dahulu.

ii. Pendidikan 

  • Kedatangan Islam telah banyak merubah sistem pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat sebelum ini.

  • Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berpeluang menerima pendidikan sama seperti golongan atasan

  • Banyak sekolah pondok didirikan supaya aktiviti pembellajaran menjadi lebih bebas disebarkan kepada golongan bawahan

iii. Bahasa dan Kesusasteraan

  • Menerima pengaruh yang besar dengan kedatangan agama Islam. Perkembangan bahasa Melayu bertambah teguh dan penyabarannya semakin meluas di Asia Tenggaea bermula pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke -18 M.

  • Penggunaan tulisan jawi telah diperkenalkan dan digunakan oleh orang-orang Melayu ketika itu. Sementara itu, tulisan Arab telah diperkenalkan.

  • Perubahan dari segi bahasa boleh dilihat apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai dan dikenali sebagai tuisan jawi.

  • Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila ianya digunakan untuk menulis kitab-kitab agam, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.

iv. Perundangan

  • Hukum-hukum yang tidak bercanggah dengan Islam dikekalkan. Ini telah disebut dalam Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka dan juga Adat Pepatih Adat Temenggung.

  • Antara contoh yang dpat dilihat ialah dalam bidang kuasa kehakimanyang mana hakim boleh menggunakan budi bicaranya sam ada menjatuhkan hukum potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda atau penjara sahaja.

v. Politik & Pentadbiran

  • Sistem pemerintahan telah bertukar kepada sistem pemerintahan yang berlandaskan ajaran Islam. Antara contoh yang boleh dilihat ialah agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sementara itu, beberapa institusi Islam telah didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara Institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah.

vi. Sistem Kekeluargaan

  • Kedatangan Islam telah memantapkan lagi institusi kekeluargaan dalam masyarakat Melayu malah ianya menjadi lebih teratur.

  • Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.

  • Selain itu, pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa mereka.

vii. Adat dan cara hidup

  • Budaya animisme dan Hinduisme yang diamalkan oleh masyarakat sejak sekian lama telah diganti dengan adat dan cara hidup islam.

  • Adat yang selama ini menjadi darah daging dan sebati dengan kehidupan mereka telah diperkukuhkan lagi dengan ajaran Islam. Walaubagaimanapun, mereka masih lagi mengamalkan adat-adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

  • Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah s.w.t . Ia membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mengasihi dan menghormati.

bottom of page